55 posts tagged “diary”
|
TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG MINGGU INI! OKTOBER (MINGGU 4) | ||
|
Nama-nama pemenang dan novel yang ingin dimenangi! | ||
![]() 1. SITI RODIAH BINTI MASSAN Keterangan gambar: Bila dah dapat baca novel, makan tak ingat,nak tidur pun sayang..Dan jangan tak percaya ada antara novel-novel ni yang mampu membuat saya menangis..Daripadanya juga saya belajar tentang erti kehidupan..Ajaibnya dunia pembacaan..Hanya yang mengerti mampu merasai..Tahniah Alaf21..Semoga terus maju..buku pilihan :Kala Mimpi Bersatu |
| |
|
Taiping, Perak ummi_babah@yahoo.com Keterangan gambar: buku pilihan : Kau Kekasihku |
| |
|
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. eza@kpwkm.gov.my Keterangan gambar: Peminat setia Ramlee Awang Murshid. Terpaksa mencuri waktu bekerja semata-mata untuk mengetahui kesudahan cinta Haryani & Saifudin. Akhirnya terjawab jua dgn kemunculan Hijab Sang Pecinta.Novel pilihan: Adam & Hawa |
| |
|
SKUDAI, JOHOR sawadashin@gmail.com Keterangan gambar: Keterangan Gambar :Saja bergambar dgn sebahagian koleksi novel peribadiku. walaupun diriku sedang berbadan dua namun koleksi novel ALAF21 inilah yang senantiasa menemani diriku di waktu lapang.tak bosan membacanya berulang kali... ada sahaja cerita yg mencuit hati hehe... Novel pilihan: Sandaran Hati |
| |
|
5. Iman ZulHakim dan Iman Nuraina Bt Roslan Jangan terkejut,kami tak pandai bacapun, kami cuma main-main aje susun-susun buat bangunan tinggi.Sebenarnya ini bukan buku kami, ini buku emak kami.Gambar ini ayah yang ambil masa gambar ini diambil emak tak ada dia duduk dalam tandas.Kalau emak tau kami main buku dia mengamuklah dia.Emak jangan terkejut kalau kami menang ya... |
| |
|
Keterangan gambar : Gambar diambil pada pukul tiga pagi...bila buka sahaja laman web alaf, tertengok peraduan ini,teruja nak masuk sebab minat sangat-sangat dengan novel keluaran alaf...memang minat...kalaulah sekarang di rumah, bolehlah posing sambil baring atas novel alaf yang berlambak sampai penuh satu almari...Novel pilihan: Mengukir Bahagia |
| |
|
7. Siti Faidzyarina bt Abd Hamid Novel pilihan: Segalanya Untukmu |
| |
TAIMU : 1.00 pm
PUREESU : SIZZLING STONEGRILL (CITY SQUARE)
DEETSU : 24th Mouka 2008
THIS PIC TAKEN USING MY HP...
haiya..... both are shy is it .... 
right : that's better desho
so bored...where's my food ....

TAIMU : 7.00 pm
PUREESU : Cathay Cineplex City Square (johor bahru)
DEETSU : 07th Mouka 2008
L Change The World (Death Note 3) (Japanese)
Rating: U
Director: Hideo Nakata
Starring: Youki Kudoh, Kenichi Matsuyama, Erika Toda & Megumi Sato
Genre: Action/Thriller
A God of Death dropped a notebook which had the power to kill people. Light Yagami (Tatsuya Fujiwara) found the notebook and tried to become Kira, God of a new crime-free world by executing criminals with the notebook. L (Kenichi Matsuyama), a genius detective confronted Kira who was his toughest enemy ever.
watch it with my anata. right now, no more death note but L is facing a new case .....virus.... and .... he became a
babysitter
? u have to watch this movie . really different from those two movie. ![]()
TAIMU : 6.30 pm
PUREESU : Halmy House
DEETSU : 07th Mouka 2008
Halmy's no musume, Adleen Jazmin, Birth on 30/3/2008 @ 4.45 am . 3.75 kg.
Inside Che Mat's car.... On the way to Halmy's House. Just Che Mat, me, Fauzi onisan, Samm ne chan & Fid ne chan.
Our prezento. Who's contribute ? me, Samm ne chan, Fid ne chan, Che Mat, Lela ne chan, Shamsiah ne chan, Jay onisan, Fauzi onisan, Mai ne chan, Yana imotosan, Shidah imotosan, Zurienna ne chan 
Ati ne chan with her kodomo.... shhhh... oyasumi nasai ....Adleen is suyasuya right now
dah lepas makan, sibuk berborak pulak heheh...
really lots of topic ne....
... ano... what are samm ne chan looking at ...
he...he... actually she looking at me... come on ne chan .... let's take a photo... say cheese ... 
wakkakak... fauzi onisan.... feel sleepy after eat lots of food ne .... anyway let's take pics.... 
P/S :
domo arigato to Halmy san and family for the delicious foods....
TAIMU : 2.00 pm
PUREESU : Plaza Kotaraya Jay Bee
DEETSU : 15th Maachi 2008
so many people wanna watch the mini con.so hot lor
still stay calm just because of ANUAR ZAIN
the new kid on the block .... make the opening con with the dj HALIL. his voice is ok. not bad ...
there is Aznil and the HOT FM guy Ikhwan.... 
Didie AF4 in the house yo!!! singing his song HILANG ... 
HE sings KETULUSAN HATI, KAU BUNGA CINTAKU & LELAKI INI.like to shake hands with his fans. hontoni kakkoi... AZ daisuki

belle ne chan from KL. one of his fans... she get to sit together with AZ at the back side in one car. so lucky of her hontoni netamashii. 
...doshio....hontoni sabishii...ore wa
MAWI WORLD IN THE HOUSE YO !!! ... WHO WANT MY AUTO....
can't take the full pics. gomen nasai .... cos using handphone and not camera ok. 
not so clear right ? gomen ne... 
just wanna focus on the face only using my handphone
after the con, me and shujin go to LANDMARK for the computer carnivals. Did buy some pc stuff.
below is the article in the BERITA HARIAN newspaper on 18th March 2008
Berbaloi ke JB!
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Pengunjung Plaza Kotaraya tak kering gusi dengan gelagat finalis
SEPANJANG mengendalikan siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 07), diakui siri jelajah kelima iaitu di Johor Bahru yang berlangsung Sabtu lalu memberi cabaran paling getir buat penganjur. Mana tidaknya, inilah kali pertama lokasi promosi diubah di saat akhir berbanding empat lokasi sebelum ini.Rancangan awal untuk bertemu peminat di utara tanah air iaitu di Alor Setar terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan hala tuju lokasi diubah ke selatan tanah air dan bandaraya Johor Bahru menjadi pilihan untuk dikunjungi.
Biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesukaran terutama untuk mencari lokasi gantian serta merombak kembali persiapan yang sudah dibuat awal namun itu bukanlah halangan buat penganjur untuk memberikan yang terbaik buat pembaca akhbar Berita Harian yang selama ini memberikan sokongan jitu untuk acara anugerah paling berprestij.
Dan segala susah payah itu bagaikan terbayar sebaik saja melihat lebih 3000 pengunjung membanjiri ruang legar Plaza Kotaraya semata-mata untuk menyaksikan finalis kesayangan mereka secara lebih dekat. Perasaan gusar dan debaran akibat bimbang dengan sambutan penonton gara-gara perubahan lokasi hilang serta merta apabila mengetahui pengunjung sudah berada di pusat beli belah sejak awal lagi iaitu 12 tengah hari biarpun persembahan hanya akan bermula pada jam 3 petang.Bintang Akademi Fantasia 4, Diddy diberi tanggungjawab untuk menjadi pembuka tirai persembahan. Memilih single pertama Hilang sebagai pertaruhan, Diddy berjaya merubah emosi penonton supaya turut larut dalam alunan irama balada itu sebelum kembali menghangatkan suasana dengan lagu rancak Lena serta Sedang Ingin Bercinta yang disampaikannya bersama Farah Asyikin dan vokalis kumpulan Sofaz Are Meer. Riuh rendah suasana apabila Farah bergelek sakan saat mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan kumpulan Dewa 19 itu.
| CERIA: Barisan artis yang memeriahkan rombongan di Johor Bahru bersama Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2007, Hanizam Abdullah dan Penolong Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Habib Jewels Sdn Bhd, Yasheedah Yashaiya. |
Kehadiran Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku bersama pengacara nombor satu, Aznil Nawawi cukup menggeletek suasana. Sikap selamba mereka yang gemar mengenakan penonton dengan lawak bersahaja membuatkan pengunjung yang hadir tak kering gusi melihat telatah mereka.
Ada saja idea gila yang mereka perkenalkan dan tidak hairanlah andai kedua-duanya masih dicalonkan sebagai finalis kategori pengacara lelaki/wanita popular ABPBH 07. Turut menjadi 'rakan jenayah' mereka berdua untuk mengenakan penonton adalah tiga penyampai radio Hot FM iaitu Tini, Anne dan juga Ikhwan.Pun begitu, pentas itu bukan saja menyaksikan aksi gila-gila Kak Engku namun ia juga mencatat sejarah tersendiri buat pengacara, pelakon dan penyampai radio itu apabila buat pertama kalinya dia menghiburkan warga Johor dengan lagu yang dipetik dari album solo keduanya.
Terpaku seketika penonton sebaik saja mendengar suara merdu Kak Engku mengalunkan irama balada Hati Terkunci, hasil nukilannya sendiri sebelum kembali menggegarkan pentas dengan lagu berkonsepkan world music ciptaan Yassin dan Sal berjudul Bahaya.
Jeritan dan sorakan penonton kembali menggamatkan suasana sebaik saja pengacara mengumumkan kehadiran jejaka idaman Malaya tampil membuat persembahan. Dan yang pasti suara paling kuat berkumandang melaungkan nama Anuar Zain adalah salah seorang peminat setianya, Belle yang dikhabarkan sanggup memandu dari Kuala Lumpur semata-mata ingin menyaksikan anak bujang Pak Zain ini beraksi di atas pentas.
Petang itu, Anuar menyanyikan tiga lagu iaitu Ketulusan Hati, Bunga Cintaku serta Lelaki Ini yang berjaya membuatkan hadirin terpaku dan teruja kala mendengar suara jantannya berkumandang memecah hening suasana.Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Malaysian Idol, Farah Asyikin juga tidak kurang hebatnya apabila tampil agresif menerusi lagu Tak Ada Logika, yang pernah dipopularkan penyanyi dari seberang, Agnes Monica. Sepertimana Agnes yang cukup energetik kala menyanyikan lagu rancak itu, begitulah juga aksi Farah yang mutu vokalnya tetap mantap biarpun terpaksa menyanyi sambil menari. Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada penonton, finalis program One In A Million musim pertama ini menghadiahkan mereka dengan single pertamanya iaitu Seribu Penipuan.
Kemunculan empat orang anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofaz kembali memeriahkan pentas dengan tiga lagu berirama rancak iaitu Kepantasanku, Bukan Di Sini serta sebuah lagu yang dipetik dari album keduanya berjudul Janjiku. Tidak dinafikan Sofaz mempunyai ramai peminat setia di sini dan kesetiaan ini dibuktikan dengan menghafal setiap lagu kumpulan berkenaan. Malah, mereka turut menyanyi bersama-sama mereka dari mula sehinggalah persembahan berakhir.
Seperti yang dijangka kehadiran Mawi yang pertama kali menyertai sesi promosi ABPBH ini bagaikan mengundang histeria di kalangan penonton apabila mereka tidak henti-henti melaungkan nama Bintang Paling Popular dua tahun berturut-turut ini. Biarpun baru saja menjejakkan kaki ke tanah air selepas bercuti sakan di Los Angeles sepanjang minggu lalu namun tidak ada riak keletihan ditunjukkannya. Sebaliknya Mawi tetap sporting melayan peminatnya yang bukan saja orang dewasa tetapi golongan kanak-kanak.
Paling melucukan apabila pengacara meminta mereka menyebut nama Mawi seberapa panjang yang boleh. Macam-macam gaya yang ditunjukkan dan memang kelakar. Sebagai hiburan bersama, Mawi memilih untuk menyanyikan lagu Cinta Zulaikha dan Kian sebelum memberi ruang kepada kumpulan Kristal mengambil alih pentas. Seperti mana Mawi, Kristal turut mendapat sambutan serupa apabila sebahagian besar peminat muzik rock bertempik melaungkan nama kumpulan ini.
Dan kemampuan Kristal menghiburkan secara live memang tidak dapat disangkal lagi apabila mereka bertindak cemerlang menerusi lagu Impian, Insan dan sebuah lagu Indonesia yang digubah susunan muziknya berjudul SMS.
Selain menyajikan acara hiburan, penganjur ABPBH 07 tidak melupakan pengunjung dan pembaca setianya apabila acara diselang seli dengan kuiz bersama penonton yang memberi peluang mereka membawa pulang hadiah istimewa sumbangan penaja utama ABPBH07, Habib Jewels dan barangan eksklusif Berita Harian.
Paling happening apabila penonton yang sporting dan rela 'didera' artis popular berpeluang bersiar-siar sekitar bandar Johor Bahru bersama artis pujaan mereka menaiki kenderaan berjenama terkemuka, Peugeot.
Pendek kata memang seronok melihat telatah peminat apabila berdepan dengan artis kesayangan mereka. Bagi warga Johor yang kempunan untuk merasai suasana itu, jangan risau kerana rombongan ini sekali lagi akan berkunjung ke bandaraya itu Sabtu depan. Kali ini siri promosi ini akan mengunjungi bandar Pasir Gudang iaitu di kompleks Pasir Gudang sebelum membuat persembahan penutup di Shah Alam keesokan harinya.






















